“Kalau Madrid Hubungi, Kena Dengar” – Pochettino

MAURICIO¬†Pochettino mengakui dia perlu ‘mendengar’ jika Real Madrid menghubunginya.

Pengurus Tottenham itu menjadi sasaran utama untuk menggantikan Zinedine Zidane yang meletak jawatannya pada Khamis lalu.

“Apabila Madrid menghubungi anda, anda perlu dengar. Walaupun dalam kes ini ia tidak bergantung kepada saya.

“Saya baharu sahaja menandatangani kontrak panjang bersama Tottenham dan sangat gembira berada di sana.

“Ia juga sama situasi jika anada mahukan pemain, anda perlu berbincang dengan kelab pemain itu,” ujar Pochettino.

Malah Pochettino mengakui dia tidak takut untuk mengambil alih tugas Zidane di Madrid.

“Mereka memenangi empat gelaran Liga Juara-Juara dalam tempoh lima tahun dan saya sangat menghormati Zidane.

“Mereka mempunyai pemain-pemain hebat. Tetapi bagi saya ia adalah berkenaan dengan pemain-pemain yang telah memberi segalanya dan ada kapasiti untuk berjaya,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.