Pochettino Tak Nak Simpan Ronaldo, Mahu Bale Kekal

REAL Madrid berpisah dengan Zinedine Zidane secara rasmi pada Khamis dengan pengendali dari Perancis itu mengesahkan peletakan jawatannya dalam satu sidang media penuh emosi.

Express Sports difahamkan Pengurus Tottenham Pochettino sedang diintai sebagai pengganti Zidane meskipun dia baharu saja memperbaharui kontraknya dengan Spurs bulan lalu.

Sesiapa pun yang mengemudi Real, mereka perlu menyelesaikan isu yang menyelubungi masa depan Cristiano Ronaldo.

Ronaldo, 33, dilaporkan akan mengumumkan masa depannya dalam tempoh beberapa hari lagi.

“Dalam beberapa hari lagi saya akan beri jawapan kepada penyokong yang sentiasa berdiri teguh di belakang saya.

“Amat teruja apabila berada di Real Madrid, saya akan bercakap mengenainya lagi dalam masa terdekat,” katanya.

Manchester United sentiasa mahu mendapatkan semula khidmat Ronaldo.

Dan terkini, laman web Sepanyol Diario Gol berkata Pochettino akan melepaskan Ronaldo sekiranya dia mengambil alih Real.

Ronaldo turut memberi bayangan akan kembali ke Old Trafford suatu hari nanti.

Namun Diario Gol melaporkan Pochettino akan berusaha memujuk Gareth Bale untuk kekal di Santiago Bernabeu.

Seperti Ronaldo, bintang Wales itu turut memberi bayangan mahu meninggalkan Real selepas membantu pasukan tersebut memenangi aksi final Liga Juara-Juara, awal pagi Ahad lalu.

“Sudah tentu saya mahu bermain. Ia tidak berlaku musim ini kerana satu alasan atau lain. Saya cedera dalam lima atau enam perlawanan dan belum pulih sepenuhnya hingga hari ini,” kata Bale.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.