Review Songket Terengganu Harga RM18K Di Lazada Buat Netizen Terhibur

Hari Raya Aidilfitri bakal menjelang tidak lama lagi. Ramai yang sedang membuat persiapan dengan membeli baju raya, kuih raya dan segala keperluan untuk menyambut lebaran.


Ada yang memilih untuk membuat belian secara atas talian malah ramai juga yang mengunjungi pusat beli belah atau kedai-kedai yang menjual persiapan raya. Antara pusat beli belah atas talian yang sentiasa menjadi tumpuan orang ramai ialah Lazada.



Bagaimana pun, Lazada telah diserang dengan beberapa komen lucu, mengejek dan memerli oleh para netizen pada salah satu produk yang dijual iaitu sampin songket Terengganu yang bernilai RM18,000 sehelai.




Ini adalah antara komen netizen pada ulasan produk tersebut. Masing-masing memberi lima bintang pada sampin songket Terengganu tersebut.

Memang boleh gaduh suami isteri kalau si suami diam-diam beli sampin songket Terengganu bernilai RM18, 000 ni.

Kelakar, katanya siap pakai sampin ini masa solat terawih di masjid dan ramai yang berebut nak berswafoto. 

 

Ramai netizen yang membaca komen pada ulasan produk itu berasa terhibur dan telah membuat mereka ketawa. Mereka sedar bahawa ulasan tersebut hanyalah gurauan dan berunsur ejekan.


Dalam masa yang sama, ada netizen yang tidak bersetuju dengan cara netizen lain mempermainkan nilai dan harga songket. Ini kerana, songket yang berkualiti sememangnya dijual dengan harga yang tinggi.


Apa-apa pun, ukur baju di badan sendiri. Jika mampu, apa salahnya membeli songket bernilai RM18,000 sekalipun. Jika tidak mampu, tengok sahajalah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.