Teng Pek Khiing Dan Malaysia Bankrap

Satu dunia kecoh kerana Malaysia banyak hutang. Tutup projek itu, batalkan projek ini walaupun elok, sebab nak kurangkan penggunaan duit, buka tabung kutip derma daripada rakyat segala bagai. Tiba-tiba PM lancarkan projek RM30billion dengan kroninya. Ya, KRONI. Kau rasa?

Ya, negara Malaysia kita yang tercinta ini digegarkan dengan hutang itu hutang ini mencecah sehingga RM700billion dan RM1trillion. Projek itu projek ini dibatalkan demi nak selamatkan negara. Termasuklah Projek HSR yang bermanfaat untuk banyak negeri juga dibatalkan. Beribu-ribu rakyat hilang pekerjaan dan pendapatan. Tabung Harapan Malaysia dilancarkan untuk kutipan derma daripada rakyat, hasilnya lebih RM7.2million berjaya dikutip dalam masa 25 jam. Ramai rakyat Malaysia yang patriotik. Alhamdulillah.

Kemudian muncul Ting Pek Khiing #TPK yang mendiam sepanjang 16 tahun Tun Dr Mahathir #TunM ‘berhenti rehat’ daripada jawatan Perdana Menteri #PM. Dulu ketika TunM memerintah, TPK inilah yang mengetuai Projek Empangan Bakun. Projek ini dihentikan apabila TunM letak jawatan, TPK beritahu dirinya bankrap dan muflis. Datuk Seri Najib Razak #DSNR yang teruskan dan siapkan pada tahun 2010 menggunakan khidmat Sime Darby. Muflis, tetapi sekarang apabila TunM menjadi PM semula, TPK muncul dengan Projek Langkawi New City dengan modal RM30billion. Tiba-tiba jadi kaya-raya ke? Selepas batalkan segala projek-projek besar dan kecil, termasuk membatalkan projek-projek yang pasti menguntungkan rakyat dan negara, TunM mengejutkan dunia dengan merasmikan Projek Langkawi New City ini dengan modal RM30billion bersama kroninya.

Saya ulang, bersama kroni.

Ringkas nak faham, TPK tak pernah miskin. TPK kaya-raya dengan projek balak di Sarawak semasa zaman TunM memerintah negara. Kaya raya, jutawan hingga tahap billionaire. TunM letak jawatan, TPK pun ‘letak jawatan’ jugalah. Selepas 16 tahun, TunM memerintah semula dan TPK pun ‘memerintah’ semula. Projek balak Sarawak tak pernah berhenti rehat. Makin hari makin banyak duit, makin kaya-raya.

Almaklumlah, siapa Ketua Menteri Sarawak dari dulu sampai sekarang tidak pernah berganti? The long lasting CM of Sarawak, bahkan beliaulah Ketua Kerajaan Negeri yang paling lama bertahan dalam kalangan seluruh Ketua Menteri dan Menteri Besar di Malaysia, itulah Tan Sri Taib Mahmud #TSTM yang powerful. Tak perlu cerita bagaimana kroninya TSTM dengan TunM sebagai orang kuat Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PPBB), kontroversi bagaimana isterinya wanita Syria bernama Ragad Waleed al-Kurdi dan anak-anaknya dapat status bumiputera dengan sangat cepat, dan kes kontroversi salahguna wang di Australia sehingga ada namanya terpahat di The University of Adelaide, South Australia, yang dibantah oleh ramai orang ternama Australia.

Seronoklah kan, boleh buat Projek Langkawi New City dengan modal RM30billion, bersama kroni dan pakatan sendiri… Kan duit banyak.

Kita boleh sokong, tetapi jangan sokong membabi-buta. Sokonglah dengan mata terbuka, hati terbuka dan minda terbuka. Jangan boleh melihat tetapi telinga pekak dan tuli juga.

Orang politik akan kekal sebagai orang politik, inilah yang KITA KENA SEDAR. Letakkan kepercayaan yang tinggi pada pemerintah, tetapi bukan segala-galanya tanpa usul periksa. Ada baiknya kita berhati-hati dan berwaspada. Takut nanti kerana terlalu percaya dan menaruh harapan, kita yang kecewa dan kecundang di tengah jalan. Menangis tak berlagu.

Manifesto kerajaan perlu ambil masa 100 hari untuk dilaksanakan, manifesto peribadi ambil masa 22 hari boleh rasmikan sendiri untuk dilaksanakan. Kau rasa?

#BukanPembangkang #SokongKerajaan #TolakKronisme

As much as I respect and admire TunM, I have careful thought about TunM too.

Ini fakta, bukan auta. Fakta sejarah, bukan pandangan peribadi. Sebagaimana kita tolak kronisme dalam BN, kita juga perlu tolak kronisme dalam PH. Saya tulis bukan suruh membenci, saya tulis supaya KITA BUKA HATI.

Dr Syahr Musafir
Pn Rahimah AR
01/06/2018 #PascaPRU14 #MalaysiaBaru #SelamatkanMalaysia #AkuCintaMalaysia

Silakan #SHARE. Diizinkan 100%

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.