Armand Bertanding Ahli Majlis Tertinggi Umno

Exco Pemuda Umno Armand Azha Abu Hanifah hari ini berkata beliau akan bertanding sebagai ahli Majlis Tertinggi Umno pada pemilihan parti kali ini.

Armand Azha berkata pertandingan calon muka baharu dan lama perlu dalam memastikan Umno terus relevan.

“Bagi saya, kita tidak menolak pemimpin lama tapi sudah sampainya ruang dan peluang diberikan kepada pemimpin muda menerajui Umno,” katanya selepas majlis berbuka puasa Umno, malam ini.

Majlis Tertinggi Umno sebelum ini menetapkan tarikh persidangan tahunan Cawangan Umno dan Pergerakan Wanita, Pemuda serta Puteri Umno bermula pada 19 Mei 2018 sehingga 10 Jun 2018.

Mesyuarat Umno di peringkat bahagian pula ditetapkan pada 30 Jun 2018 dan kesemua persidangan ini dijalankan secara serentak dengan pemilihan parti di semua peringkat.– Bernama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.