Jangan Terjebak Dengan Suami Pemalas

Saya Su (Bukan nama sebenar,nama sebenar saya Suhaila,Saya perempuan dan berumur 35 tahun,Hasil perkongsian saya bersama bekas suami mendapat 2 orang cahaya mata,yang sulung berumur 3 tahun dan bongsu berusia 1 tahun 5 bulan.

Perkenalan saya dengan suami bukanlah percintaan yang dirancang,kerana seminggu sebelum kami akad nikah baru saya mengenali suami,untuk pengetahuan semua,saya ini tidak memiliki rupa paras yang cantik,boleh dikatakan saya ni pendek,gemuk dan hitam,tapi tidaklah badan berbau seperti kebiasaan orang bertubuh seperti saya.

Perkenalan saya dan suami bergitu singkat…Saya kahwin agak lewat, ketika usia 30 tahun.
Ya lah rupa pun tak ada, badan pendek,gemuk dan hitam, jadi apabila ada orang kenen-kenen dan berhajat, saya terima seadanya. Saya sendiri baharu dapat kerja tetap ketika itu.

Sebelumnya, kerja promoter sebuah syarikat telco. Walaupun tidak tetap, saya dapat hidup mewah kerana rajin buat jualan. Dek kejutan wang yang melimpah ruah, saya jadi lupa, kerap shopping dan sikap paling buruk apabila terlebih berbelanja dengan kad kredit.

Saya diisytihar muflis, terpaksa berhenti kerja – hidup menganggur sehinggalah dapat kerja baharu tersebut. Pendapatan taklah semewah kerja lama. Dengan gaji ‘ciput’ itu saya tamatkan zaman bujang.

Ketika dilamar saya sudah tahu bakal suami bukan orang senang dan berpelajaran. Dia hanya pemandu kontena sebuah syarikat pembekal besi. Dengan gajinya lebih kurang RM3,000 sebulan termasuk elaun, perkahwinan kami awalnya sangat bahagia, sehinggalah saya terpaksa berhenti kerja ibu saya sakit di kampung dan saya diharapkan oleh adik-beradik untuk jaga ibu, kononnya saya baru berkeluarga, belum ada tanggungan besar.

Saya ambil tanggungjawab tersebut dan tinggalkan suami di Kuala Lumpur, balik ke Perak jaga ibu, sekali-sekala suami balik atau saya yang turun ke Kuala Lumpur. Sejak itu jugalah saya bergantung pendapatan sepenuhnya daripada suami.

Pada awalnya semua berjalan lancar, suami beri duit setiap bulan, walaupun tak banyak – RM600, bagi saya itu sudah memadai dan memahami pekerjaan suami. Namun, makin lama kiriman berkurangan, malah ada ketika tertangguh.

Suami juga jarang balik. Lama-kelamaan, kiriman sudah tiada langsung. Saya cuba bertanya suami, dia beritahu syarikat ada masalah, tak ada barang nak dihantar, tak adalah duit. Saya mula bimbang keadaan ini dan cadangkan suami balik ke kampung, buat kerja-kerja kampung.

Suami setuju, dia berhenti kerja dan balik ke Perak. Namun sejak balik hingga sekarang, suami menganggur di rumah, bukan tak ada kerja kerana ibu saya ada kebun getah yang jika diusahakan boleh dapat hasil lebih kurang sama gaji memandu kontena. Saya sendiri sejak berhenti kerja ada buat bisnes kecil-kecilan jadi dropship produk online berbekalkan ilmu jadi promoter dulu.

Masalahnya suami mula tunjuk sikap malas kerja, dia beri alasan mahu rehat dulu.Masa tu saya seorang usahakan cari duit tambahan, dia hanya makan tidur. Saya risau juga, apa kata adik-beradik yang lain, tapi suami buat tak faham.

Pernah saya nyatakan untuk berpisah jika dia tak mahu cari kerja, dia janji akan cari kerja sebab tak pandai buat kerja kampung.Saya bagi dia peluang 3 bulan,jika tidak saya perlu diceraikan,hidup ikut haluan masing-masing.

Tapi peluang saya beri umpama bonus untuk dia terus beri pelbagai alasan…kerana tak tahan dipendekkan cerita atas kuasa mahkamah kami berpisah..dah anak dibawah tanggungan saya kerana suami dikuatiri gagal menjaga nafkah anak.

Hampir setahun kami berpisah..dan saya masih menjaga anak,alhamdulillah hasil jualan pinklady cukup untuk saya dan anak2,ada sedikit simpanan tiap bulan..berbanding ketika dengan bekas suami dulu…

Sejak saya sendiri amalkan produk pinklady,rupa saya bertambah baik,dari gelap jadi putih gebu,dari gemuk sekarang dah cantik sedikit berbanding sebelum ni..tapi tak la secantik sajat pondan tu..

Saya bukan nak cerita pasal saya ni dah cantik sebenarnya…saya bertekad biarlah saya seorang besarkan anak. Tapi nak pesan untuk gadis2 yang senasib saya,biarlah kita ni jadi anak dara tu macam mana pun,nak pilih lelaki untuk jadi suami tengok la pada ekonomi dia juga..cari yang ada kerja,bukan menilai rupa paras,biarlah lelaki tua pun jika dia mampu menyara kita itu sudah cukup baik..Jangan terlalu cepat terima kerana alasan kita tak nak kawin lewat.

Nak cakap soal malu dengan kawan2,saya pun malu dulu kawin lewat,tapi lepas kawin dapat suami perangai macam tu lagi malu…kalau nak jumpa kawan2 bawa suami pun saya akan elakkan,sebab ramai tahu bekas suami saya masa tu macam mana.

– mypru.info

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.