Mahathir Perli Saya – KJ

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin menyifatkan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad hanya menyindirnya supaya bertanding jawatan presiden dalam pemilihan parti itu.

Katanya, beliau langsung tidak menganggap perkara itu sebagai sesuatu yang serius.

“Tun Dr. Mahathir, dia selalu sarkastik. Mungkin dia perli saya,” katanya kepada pemberita di Menara Dato Onn di sini hari ini.

Semalam, Dr. Mahathir berpandangan Ketua Pemuda UMNO itu adalah calon terbaik untuk menerajui parti berkenaan.

Pengerusi Pakatan Harapan itu membayangkan Khairy merupakan calon yang layak memegang jawatan tersebut berikutan keadaan UMNO kini yang dilihat kucar-kacir sehingga tidak dapat menentukan hala tuju perjuangan parti.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.