Rosmah Di Ibu Pejabat SPRM

Isteri bekas Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor tiba di Ibu pejabat SPRM pada pukul 10.43 pagi ini bagi memberi keterangan berhubung siasatan kes SRC International Sdn. Bhd.

Rosmah menaiki sebuah kenderaan yang keluar meninggalkan kediaman di Langgak Duta pada pukul 10.16 pagi untuk hadir memberi keterangan di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini hari ini.

Pada 22 Mei lalu, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hadir ke SPRM untuk memberikan keterangan berhubung siasatan skandal penyelewengan dalam SRC International Sdn. Bhd. iaitu anak syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Najib yang juga Ahli Parlimen Pekan itu, telah memberi keterangan lebih lima jam di ibu pejabat SPRM.

Selepas memberi keterangan kali pertama pada 22 Mei lalu, Najib hadir sekali lagi ke SPRM pada 24 Mei berhubung kes yang sama.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.