Wanita Cantik Dirogol Dan Dibunuh Selepas Tonton Bola Sepak

PERLAWANAN bola sepak menjadi pencetus jenayah rogol yang berakhir dengan kematian seorang wanita, Nong Gift, 24, dirogol dan dipukul hingga mati. Perkara tersebut telah mengejutkan penduduk di daerah Chanthaburi, Thailand. Nong, maut selepas menonton perlawanan bola sepak bersama rakan-rakannya di sebuah pub.Dia dikatakan terlalu mabuk hingga tidak sedarkan diri dan telah diusung oleh empat lelaki di dalam sebuah trak pada pukul 2 pagi, kononnya untuk dihantar pulang.

Rakan-rakannya tidak berasa curiga kerana salah seorang daripada lelaki itu dikenali oleh Nong.

Malangnya, Nong dibawa ke sebuah ladang dan di situ dia dirogol serta dibunuh. Mayatnya ditemui dengan mulut berbuih, hidung berdarah dan sebahagian bajunya di atas lantai.

Salah seorang rakannya, Airziz Opachat berkata, seorang wanita turut membantu memasukkan Nong ke dalam kenderaan terbabit, menyebabkan mereka langsung tidak mengesyaki apa-apa.

“Aku minta maaf kerana tidak menjaga kau dengan baik,” kata Airziz.

Dalam pada itu, empat lelaki berkenaan telah ditangkap manakala rakaman CCTV di pub berkenaan memperlihatkan empat lelaki mengusung Nong, yang dalam keadaan mabuk ke keluar dari sebuah bar dan dimasukkan ke dalam sebuah kereta.

Bedah siasat kini dijalankan selepas keluarga Nong mendakwa wanita itu telah diberikan dadah.

Ini kerana kata mereka, Nong ada kalanya akan mabuk tetapi tidak sampai ke tahap sehingga tidak sedarkan diri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.