20 Pasang Sahaja Baju Raya Che Ta Tahun Ini

Menjelang hari raya yang semakin hampir, pelakon dan usahawan Rozita Che Wan atau lebih mesra dengan sapaan Che Ta memberitahu dia sudah menyiapkan 20 persalinan setiap seorang bagi memastikan mereka sekeluarga tampil bergaya.

Menurut sumber berkata, Che Ta mula rasa tidak sabar untuk menyambut Syawal setiap kali melihat kesemua pakaian yang telah siap digosok dan digantung di bilik pakaiannya.

“Dah tak sabaq nak melaram! Tengok baju raya tu rasa dah dekat nak raya.

“Tapi tahun ini jumlah baju raya kami sekeluarga 20 pasang sahaja tak seperti tahun lepas ada 30 pasang setiap orang.
“Baju semua dah siap malah baju Melayu anak dan suami saya dah siap pasangkan butang supaya senang,” katanya.

Che Ta berkata, tahun ini dia akan berhari raya di Kuala Lumpur terlebih dahulu sebelum pulang ke kampung halamannya di Alor Setar, Kedah.

Bercakap mengenai tradisi Aidilfitri yang masih diamalkannya, Che Ta berkata, dia akan memberi duit raya kepada adik-beradiknya selain kepada 20 anak saudaranya.

Kata Che Ta, bukan sahaja adik-beradiknya mendapat duit raya tetapi pasangan mereka turut menerima wang daripadanya.

“Memang tiap-tiap tahun saya bagi duit raya pada adik-beradik… dah jadi macam tradisi pula saya sebagai kakak. Jadi untunglah Lan Pet Pet, Zaquan semua dapat duit raya!,” ujarnya.

Sementara itu, Che Ta berkata, seperti mana kelaziman dia bersama keluarganya akan mengadakan rumah terbuka pada hari raya keempat dan menjemput sesiapa sahaja yang ingin bertandang ke rumahnya.

“Memang tiap-tiap tahun kami buat open house dan biasanya tempah katering sahaja kerana jumlah orang yang datang nanti ramai juga.

“Kalau nak masak memang tak dapatlah saya nak melaram… haha,” soloroh Che Ta.

 

-MYPRU.INFO

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.