Lelaki Didakwa Bunuh, Bakar, Buang Abu Mayat Isteri

Perbuatan yang sangat kejam apabila seorang lelaki Thailand didakwa atas empat tuduhan bunuh dan menyembunyikan mayat bekas isterinya yang kaya, yang dipercayai dibakar sebelum abu mangsa ditaburkan di kawasan paya berhampiran Hat Yai untuk menutup perbuatan itu.

Timbalan Ketua Polis Negara, Jeneral Wirachai Songmetta berkata, Kritsada ‘Roj’ Maikhao, 49, menafikan semua tuduhan membabitkan kehilangan bekas isterinya, Pinyada Paenchan, 48.

Kritsada juga didakwa atas tuduhan menutup pembunuhan dan mencuri. Menurut Bangkok Post, Pinyada kali terakhir dilihat pada 23 Mei lalu dan sisa abu serta tulangnya ditemui di kawasan berkenaan beberapa hari lalu.

Nation Multimedia memetik Wirachai berkata, Pinyada dipercayai diserang di rumahnya dan kehilangan banyak darah. Dia kemudian dibawa dari situ menaiki kereta Mercedes-Benz C200 miliknya.

Namun tidak diketahui ketika itu sama ada dia hidup atau mati. Kritsada menyerah diri Ahad lalu selepas mahkamah daerah mengeluarkan waran penangkapannya. Tapi, lelaki itu dilaporkan enggan memberi keterangan.

Menurut jiran mereka, pasangan itu masih tinggal sebumbung walaupun sudah bercerai.

Pada malam 23 Mei lalu sebelum lelaki terbabit dilihat mencuci kereta Mercedes milik bekas isterinya pada jam 4 pagi keesokannya, Krissada dan Pinyada didengar bertengkar.

-MYPRU.INFO

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.