Raja Adalah Harapan Terakhir Orang Melayu

MALAYSIA mengamalkan sistem Raja berperlembagaan dimana Yang DiPertuan Agong (YDPA) atau Raja Malaysia adalah ketua negara Malaysia. Perlembagaan menyatakan dengan jelas bahawa kuasa eksekutif, secara teorinya di bawah kuasa ketua kerajaan, dilaksanakan oleh (atau dengan nasihat) Kabinet atau Jemaah Menteri yang diketuai oleh Perdana Menteri.

Perkara ini menjadi duri dalam daging bagi mereka yang cuba menjatuhkan ketuanan Melayu. Berbagai usaha licik dilakukan golongan ini sejak beberapa penggal yang lalu untuk menjatuhkan kuasa Raja-Raja Melayu dan menukar kerajaan kepada sistem republik. Usaha mereka itu semakin menampakkan hasil apabila Pakatan Harapan memenangi Pilihan Raya Umum ke 14 baru-baru ini.

Terbaru, satu kertas terperinci mengenai perbelanjaan YDPA Sultan Muhammad V disebarkan secara tidak bertanggungjawab dalam media sosial. Adakah ini cubaan kerajaan PH untuk memalukan YDPA apabila baginda pada mulanya menolak pelantikan Tommy Thomas sebagai Peguam Negara?

Kertas terperinci tersebut hanya boleh diperolehi dari fail merah Kementerian Kewangan. Pihak berkuasa diminta menjalankan siasatan berkenaan perkara ini.

Malah A Kadir Jasin dilihat turut menghasut apabila mendakwa sebanyak RM257 juta dibelanjakan untuk perbelanjaan dan perbelanjaan peribadi Sultan Muhammad V dalam tempoh 16 bulan sejak beliau menjadi Yang di-Pertuan Agong.

Menulis di blog peribadinya, A Kadir Jasin berkata jumlah itu, purata RM16 juta sebulan, telah dibelanjakan untuk penginapan Agong, kediaman, barangan peribadi , pesawat terbang, pengangkutan, pakaian, hadiah dan cenderahati, lawatan ke luar negara dan gaji pegawai istana, antara lain.

Sudah-sudah lah A Kadir Jasin menjadi “balaci” menghasut berkenaan perkara ini. YDPA mempunyai hak dan kelayakkan beliau sebagai “Tuan Tanah Melayu” dan Ketua Negara Malaysia. Raja adalah harapan terakhir orang Melayu. Kini kerajaan PH dilihat seolah-olah cuba memusnahkan juga simbol kekuatan orang Melayu tersebut.

YDPA melaksanakan amanah berdasarkan perlembagaan dan kebertanggungjawaban memelihara hak orang Melayu serta melindungi agama Islam.

Golongan yang cuba menjadikan Malaysia sebuah negara republik menggunakan media konvensional dan media baru sebagai platform dalam percubaan menghina dan mengugut institusi Raja dengan penuh keangkuhan.

Yang di-Pertuan Agong menunaikan tanggungjawab berdasarkan perlembagaan dan tidak semata-mata menjadi ‘rubber stamp’ atas sesuatu nasihat yang dipersembahkan oleh kerajaan.

– mypru.info

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.