“Saya Anggap Ini Semua Hikmah”- Syafiq Kyle

Baru-baru ini, Syafiq Kyle menjadi bualan hangat di media sosial apabila namanya terpalit dengan kontroversi,bagaimanapun dia menganggap penyebaran video lucah yang dikatakan mirip wajahnya itu sebagai satu hikmah dan ujian dalam hidup.

Memetik sumber, menurut Syafiq, 25, dirinya kuat berdepan kontroversi ini kerana sokongan keluarga dan peminat.

“Saya menjadi kuat kerana sokongan keluarga dan rakan-rakan yang tak henti mendoakan saya.

“Saya anggap ini semua hikmah dan mungkin waktu terbaik untuk saya muhasabah diri dan berhati-hati dalam apa jua tindakan selepas ini,” katanya kepada sebuah media.

Ditanya sama ada dia tertekan dengan kontroversi itu, Syafiq memberitahu biarlah dia menyimpan perkara itu sendiri.

“Saya sedih ke, menonggeng ke, biarlah saya simpan sendiri, tak perlu nak tunjuk dekat orang lain,” ujarnya.

Syafiq ditemui semasa tayangan eksklusif drama Pelangi Cinta yang diadakan di Pavilion, Kuala Lumpur pada Isnin.

Selain Syafiq, drama tajaan minuman 100plus ini turut dibintangi oleh Mira Filzah, Hairul Azreen, Aiman Hakim Ridza dan Shukri Yahaya.

-MYPRU.INFO

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.