Boleh Tanya Soalan Berkaitan Anak – Siti Saleha

PELAKON jelita Siti Saleha menyifatkan soalan berkaitan cahaya mata bukanlah isu yang sensitif untuk diterima jika dia ditanya saudara-mara pada Hari Raya Aidilfitri nanti.

Saleha, 28, berkata, perkara itu adalah normal berikutan ramai yang ingin tahu perkembangan rumah tangganya yang dibina hampir setahun itu.

“Saya rasa normal orang nak tanya tentang anak. Saya tidak anggap ia perkara sensitif kerana saya dan suami tidak merancang pun.

“Saya faham mereka juga nak tahu. Tapi kena ada cara nak tanya tentang itu,” ujarnya kepada mStar Online pada Rabu.

Saleha ditemui pada majlis pelancaran Football Fanatix Run @ Shah Alam sempena Fifa World Cup 2018 yang diadakan di Hotel Grand Season di sini.

Dalam pada itu, mengulas lanjut tentang zuriat, Saleha berkata, dia dan suami berharap dikurniakan rezeki tersebut sebagai pelengkap rumah tangga mereka.

“Sudah tentu kami mahukan anak. Saya akan minta mereka yang bertanya tentang anak itu mendoakan kami kerana rezeki itu bukan kami yang tentukan,” ujarnya.

Siti Saleha dan Ahmad Lutfi Azhar, 32, bernikah di TPC Bukit Kiara, Kuala Lumpur pada 28 Julai 2017.

image: http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2018/06/07/siti-saleha/~/media/a521a4f8b4b0411aacf3b5e265e01199.ashx?la=en

Saleha dan Ahmad Lutfi berkahwin pada 28 Julai tahun lalu.

Sementara itu, pelakon 7 Hari Mencintaimu itu berkata dia mengambil peluang untuk berehat daripada sebarang penggambaran sepanjang bulan Ramadan.

“Saya tiada penggambaran sepanjang Ramadan tapi ada drama saya sedang ditayangkan iaitu Bila Aidil Aidilfitri di Astro Ria.

“InsyaAllah selepas raya akan mula penggambaran dengan Fahrin Ahmad untuk drama 13 episod terbitan Finas,” ujarnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.