Minyak Naik, Barang Naik, Mana Janji Nak Turun?

Perlu diakui bahawa, ramai di kalangan pengundi semasa Pilihan Raya Umum ke 14 yang lalu begitu teruja apabila Pakatan Haran menjanjikan harga barangan dan harga runcit petrol dan diesel akan di turunkan. Alasan yang diberikan adalah, sebaik sahaja Pakatan Harapan membentuk kerajaan, GST akan dimansuhkan dan harga barangan akan jadi lebih murah.

Bagi harga minyak pula, mereka mendakwa, sebagai sebuah negara pengeluar minyak,kita sepatutnya menjual harga minyak jauh lebih murah dari harga semasa. Malah, mereka turut menuduh kerajaan BN gagal untuk menetapkan harga pasaran petrol dan diesel sesuai dengan harga semasa. Dakwa mereka, terdapat manipulasi berhubung harga minyak ini.

Hari ini,setelah 27 hari membentuk kerajaan, walaupun mereka berjaya menurunkan kadar GST kepada 0 peratus bermula 1 Jun yang lalu, harga barangan semakin meningkat dan boleh dikatakan hampir setiap hari, harga barangan ini meningkat, terutamanya menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Bagi harga runcit petrol dan diesel pula, terdapat peningkatan sebanyak RM 19 sen berlaku bermula hari ini. Malah, janji mereka untuk menurunkan harga minyak pada RM 1.50 serta merta sebaik mereka membentuk kerajaan juga, langsung tidak ditunaikan.

Melihat kepada kenaikan seperti ini, ingin juga ditanyakan kepada kerajaan Pakatan Harapan yang sibuk mengadakan sidang media setiap hari, bila janji yang ditabur ini akan dilunaskan? Kenapa mereka begitu sibuk dengan urusan 1MDB sedangkan rakyat hari ini terseksa dengan kenaikan mendadak harga barangan di pasaran?

Benar, isu membabitkan 1MDB perlu disiasat jika berlaku sebarang penyelewengan. Namun perlu diingatkan bahawa, isu 1MDB ini tidak membantu rakyat menikmati harga barang yang lebih murah. Malah, isu 1MDB ini juga tidak akan membantu menurunkan harga minyak di dalam pasaran negara hari ini.

Paling utama, isu membabitkan 1MDB ini tidak akan membuatkan rakyat tersenyum di pagi Hari Raya Aidilfitri di saat lebih 17 ribu orang kehilangan kerja, bonus hanya RM 400, tiada bonus untuk pesara dan warga Felda, Risda dan Felcra dan tiada sebarang usaha dari mana-mana pihak di dalam kerajaan mengawal kenaikan harga barang dan tiada usaha untuk menurunkan harga minyak.

Benar, setiap petang, ada sahaja sidang media di buat oleh pemimpin kerajaan hari ini untuk menerangkan pelbagai perkara. Namun dalam semua 27 sidang media ini, tidak ada satupun yang menerangkan usaha kerajaan untuk membantu meringankan beban rakyat. Kesemuanya berkisar kepada 1MDB dan hutang negara sahaja.

Berhentilah beretorik dan berpolitik. Inilah masa yang paling tepat buat kerajaan melakukan sesuatu bagi membantu rakyat yang kian terhimpit dengan kenaikan harga barang. Rakyat sudah tidak lagi peduli dengan apa jua siasatan 1MDB mahupun hutang negara. Rakyat cuma inginkan hak-hak rakyat yang telah dijanjikan sebelum ini ditunaikan sepenuhnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.