Nazir Tawar Diri Jawatan MT UMNO

Alhamdulillah, dengn izin Allah s.w.t, hari ini saya telah menyerahkan borang untuk bertanding sebagai Ahli Majlis Tertinggi UMNO bagi penggal 2018-2021.

Saya percaya sudah tiba masanya MT UMNO menggabungkan kepimpinan pelbagai generasi dari golongan muda sehingga mereka yang berpengalaman. Gabungan ini bukan sahaja akan memperkukuhkan parti tetapi juga merapatkan jurang antara generasi muda dan senior dalam parti.

Justeru apabila diminta oleh Saudara Khairy Jamaluddin supaya saya menjadi antara wakil pemuda dalam pemilihan MT kali ini, saya terima ia sebagai satu harapan dan amanah besar.

Kita tidak boleh bersedih lagi. Kita harus terima kekalahan dalam pilihan raya lalu dan perlu memandang ke hadapan bagi membangkitkan semula parti keramat ini.

Saya percaya pengalaman sebagai exco pemuda UMNO Malaysia dan Ketua Pemuda UMNO Titiwangsa selama dua penggal akan membolehkan saya menyumbang idea dan tenaga bagi mengukuhkan semula parti terutama dari perspektif orang muda.

Benar saya belum mencecah umur 40-an, namun jika dipilih saya akan menjadi wakil dan suara orang muda dalam majlis tertinggi parti.

Saya tidak menjanjikan keajaiban dalam membantu memulihkan parti. Namun saya menjanjikan kerja keras dan suara lantang dari generasi muda untuk memastikan parti pemerintah tidak “bersultan di mata dan beraja dihati”.

In sha Allah saya akan membantu kepimpinan baharu nanti mengukuhkan semula parti yang banyak berjasa kepada masyarakat Melayu dan Bumiputera serta perkembangan agama Islam di negara ini.

Datuk Nazir Akhtar Hussin
Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia
2008-2013 & 2013-2018
(Wakil Pergerakan Pemuda UMNO Msia ke MT )

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.