Tiga Laporan Polis Terhadap Kadir Jasin

Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerima tiga laporan polis terhadap Datuk A. Kadir Jasin berhubung artikel blog peribadi­nya yang mendakwa Sultan Muhammad V membelanjakan kira-kira RM257 juta dalam tempoh 16 bulan sejak dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, tiga laporan itu dibuat oleh orang awam dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di Kelantan serta Lembah Klang.

“Kertas siasatan telah dibuka mengikut Akta Hasutan 1948, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta Seksyen 500 Kanun Keseksaan iaitu melakukan ugutan jenayah.

“Sebaik sahaja siasatan selesai kita akan serahkan kepada pihak pendakwaan untuk tindakan lanjut,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Pelancaran Op Selamat 13/2018 di Pusat Konvensyen TM di Jalan Pantai Baharu di sini hari ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.