Kazim Berhijrah Ke Afrika Selatan – Abang Zaira

TERUJA sangat dengan kemenangan pakatan hingga sesetengah orang menjadikan ianya modal fitnah terhadap individu tertentu. Pendakwah bebas terkenal, Datuk Mohd. Kazim Elias lahirkan rasa terkilan dengan kenyataan seorang lelaki yang dikenali sebagai Abang Zaira.

Jelasnya, kenyataan sinis Zaira yang mendakwa bahawa beliau (Kazim) kini telah berhijrah ke Afrika Selatan kerana mengotakan janji seandainya Pakatan Harapan menang PRU14, adalah tidak benar.

“Abang Zaira, kita saling mengenali keluarga abang juga kenalan saya, cukup saya tak sangka ini perkataan abang kepada saya.

“Saya rasa tak elok fitnah begini dalam bulan Ramadan pulak itu. Bila masa saya kata macam itu, saya tak sebut pun macam tu jangan tokok jangan tambah,” katanya dalam satu perkongsian di Facebooknya.

Merujuk kepada sindiran Zaira itu, jelas Kazim maksud kenyataan beliau sebelum ini adalah berpesan agar rakyat berhati-hati dalam proses memilih pemimpin.

“Kerana ia bukan main-main. Saya tak sentuh pun mana-mana parti, yang saya sebut pertahankan hak kita, salah ke? Maknanya pilihlah yang terbaik dan ianya adalah bersifat umum dan saya tak sebut pun nak pindah ke mana-mana negara,” katanya.

Jelasnya, inilah fitnah namanya.

“Saya bukan orang politik dan tak berminat pun dengan politik. Berapa banyak tawaran jawatan saya tolak malah menjadi calon pun saya tak nak sebab saya nak berdakwah,” katanya.

Namun jelasnya lagi, ketaatan kepada ulil amri tetap kena ada pada perkara yang maaruf walau siapa yang memerintah.

“Ini juga pegangan saya.Jiwa saya ialah pendakwah,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.