Video Warga Perancis Bunuh Diri Depan Kaabah

Seorang warga Perancis dilaporkan membunuh diri di Makkah Masjid al Haram ketika ribuan jemaah menunaikan solat pada hari Jumaat.

Memetik polis Saudi, media tempatan melaporkan insiden itu berlaku pada pukul 9:20 malam Jumaat ketika warga Perancis tersebut melompat dari bumbung masjid.

Lelaki itu menerima kecederaan serius selepas jatuh dan meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital.

Pentadbiran tempatan berkata lelaki itu jatuh di kawasan Mataf dan patah tulang rusuknya.

Video kejadian menunjukkan seorang lelaki melompat dari bumbung Masjidil Haram, jatuh dan kemudian mendarat di atas tanah dengan bunyi yang kuat.

Dalam Islam melarang sekeras-kerasnya tindakan bunuh diri.

: my-tv.online

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.