Pengakuan Tun M Bahawa Tiada Bukti Kukuh Untuk Tahan Najib, Bukti Penipuan PH

Rasanya, tidak keterlaluan untuk dikatakan bahawa, sukar untuk ramai rakyat Malaysia melupakan bagaimana kediaman bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak diserbu oleh pasukan Polis DiRaja Malaysia pada 1 Ramadhan yang lalu. Malah serbuan berkenaan dilakukan selama 5 hari sebelum pihak berkuasa berkenaan meneliti hasil serbuan yang mereka lakukan.

Antara lain tujuan serbuan berkenaan adalah untuk mencari seberapa banyak bahan bukti untuk mengaitkan Datuk Seri MohdNajib dan isteri terhadap kes membabitkan 1MDB dan SRC International. Malah, beliau dan isteri juga telah dipanggil ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia untuk memberi keterangan kepada agensi berkenaan.

Apa yang melucukan, hasil daripada penerangan mereka, pihak SPRM tidak nampak dan tidak dapat membuktikan sebarang salah laku dibuat oleh mereka berdua. Malah, hasil rampasan di rumah beliau juga mendapati, wang tunai pelbagai jenis matawang yang dianggarkan bernilai RM 114 juta itu adalah wang lebihan Pilihan Raya Umum yang digunakan oleh UMNO.

Melihat kepada rentetan peristiwa berkenaan, ramai dikalangan rakyat sudah mula mempersoalkan kewajaran serbuan berkenaan di saat lebih 20 ribu orang kehilangan kerja dan tidak ada walau 1 pun manifesto 10 janji 100 hari dilaksanakan. Ramai juga yang sudah mula mendakwa, serbuan demi serbbuan terhadap Datuk Seri Mohd Najib mengenai 1MDB juga hanya semata-mata untuk mengalihkan perhatian rakyat.

Terbaru, semasa memberikan ucapan di satu majlis di Jepun semalam, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad secara tidak langsung memberitahu, adalah mustahil untuk menahan Datuk Seri Mohd Najib berhubung isu 1MDB kerana hasil siasatan mendapati, tidak ada sebarang bukti kukuh untuk menahan beliau.

Melihat kepada kenyataan ini, kenapa selama 4 tahun sebelum ini, Pakatan Harapan seolah-olah sudah mempunyai bukti yang cukup untuk mengheret Datuk Seri Mohd Najib ke mahkamah atas tuduhan penyalahgunaan kuasa dan dana 1MDB? Bukankah sepanjang kempen mereka sebelum ini mereka sendiri sudah menjatuhkan hukuman kononnya Datuk Seri Mohd Najib sememangnya seorang pencuri wang negara?

Hari ini, senarionya berubah. Tun M sendiri telah mendedahkan bahawa kerajaan tidak ada bukti kukuh menahan Datuk Seri Mohd Najib. Justeru, segala tuduhan mereka sebelum ini nyata tidak berasas dan kredebiliti kerajaan Pakatan Harapan hari ini juga sudah boleh dipertikai.

Andai benar Datuk Seri Mohd Najib mencuri wang negara, kenapa mereka tidak membuktikan kejadian curi berkenaan berlaku? Kenapa kerajaan Pakatan Harapan tidak membuka sahaja apa jua bahan bukti yang mereka ada untuk mendakwa Datuk Seri Mohd Najib? Jadi, rumusannya mudah, apa sahaja kononnya bukti berlaku penyelewengan di dalam kerajaan BN sebelum ini adalah asatu penipuan semata-mata untuk meraih undi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.