Hari Raya Aidilfitri Suram Kerajaan PH Gagal Tunai Janji

Kepada kumpulan penjawat awam yang mengundi Pakatan Harapan (PH) pada dan rakyat yang mengundi kerajaan hari ini tidak sedikit pasti ada berasa suram apabila menjelang akhir Ramadan sebelum masuk ke bulan Syawal dan menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Mereka kebanyannya sejukkan cuba tenangkan hati sendiri dengan mengatakan bahawa tidak apa tidak dapat apa-apa yang dijanjikan oleh PH sekarang asalkan bekas PM Datuk Seri Najib Tun Razak berjaya dijatuhkan dan kerajaan Malaysia akhirnya bertukar.

Dalam hati, mereka pasti kesal apabila ada kumpulan penjawat awam yang bergred 42 ke atas tidak mendapat apa-apa bayaran khas kewangan untuk Aidilfitri ini, lebih 4 juta orang hanya mendapat RM400 sahaja untuk BR1M yang kini sudah ditukar nama kepada Bantuan Sara Hidup.

Dalam hati mereka kecewa kerana janji hendak turunkan harga minyak di bawah RM2 tidak ditunaikan. Mereka kecewa kerana janji hapuskan tol tidak jadi kenyataan sebaliknya hanya diturunkan 50 peratus sahaja. Dalam hati mereka khususnya orang Melayu dan Islam sudah mula gelisah tentang masa depan agama dan bangsa yang masih tidak menentu.

Mereka tidak boleh nafikan kenyataan bahawa Aidilfitri kali ini adalah Hari Raya yang suram walaupun pada hakikatnya matlamat mereka hendak jatuhkan Barisan Nasional (BN) sudah berjaya.

Walaubagaimanapun kesuraman pada Hari Raya kali ini, orang ramai diharapkan berhati-hati di jalan raya ketika memandu pulang ke kampung nanti. Jangan memandu atau menunggang dalam keadaan mengantuk kerana ia adalah perbuatan yang amat berbahaya. Memandu semasa mengantuk lebih bahaya dari memandu semasa mabuk.

Hanya orang yang mengambil minuman alkohol akan mabuk tapi semua orang boleh berasa mengantuk dan jika terlelap semasa memandu, hanya beberapa saat sahaja diperlukan untuk terleka dan kemudian berlakunya kemalangan yang boleh meragut nyawa. Banyak kejadian sudah berlaku apabila ramai ahli keluarga meninggal dunia sekaligus dalam kemalangan akibat pemandunya mengantuk.

Berehat segera apabila mengantuk dan jangan ambil risiko membahayakan nyawa orang lain hanya kerana hendak cepat sampai ke kampung untuk menyambut hari raya. Semoga hari raya kali ini tetap meriah walaupun kebanyakan orang menyambutnya secara sederhana.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.