Vida Dera Emosi Anak Disiasat JKM

AKHIRNYA Usahawan terkenal, Datuk Seri Dr. Vida, 47 dikenakan tindakan atas sikap keterlaluan beliau. Vida didatangi pegawai penguat kuasa Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) selepas pihak berkuasa tersebut menerima aduan daripada orang ramai yang mendakwa pemilik syarikat kosmetik Vida Beauty Sdn. Bhd. itu mendera emosi anak gadisnya, Nur Edlynn Zamileen, 13 atau lebih dikenali dengan nama Cik B.

Menerusi media sosial miliknya, Vida atau nama sebenarnya Hasmiza Othman mengakui dia telah disiasat gara-gara dikatakan cuba mengeksploitasi Cik B apabila bertindak menyuruh gadis terbabit memakai sepasang baju kurung yang tidak bersesuaian dengan saiz tubuhnya.

“Jujurnya saya tertekan berhadapan dengan situasi ini. Saya langsung tidak berniat untuk mendera emosi Cik B, tetapi sebaliknya mahu memupuk rasa yakin dalam dirinya yang dilihat kurang berkeyakinan.

“Rasanya semua orang tahu dia seorang yang pemalu. Kalau bukan Cik B, siapa yang kena tolong saya uruskan bisnes nanti?” persoalnya menerusi klip video yang dimuat naik di Instagram miliknya.

Sementara itu, Vida turut menunjukkan bukti yang anaknya itu tidak mengalami kesan akibat tekanan emosi, malah masih menjalani rutin harian seperti biasa termasuk aktif bermain bola.

Berpada-pada lah Vida.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.