Suami Curang Kena Potong Jari

EMPAT lelaki didakwa membunuh seorang suami yang dituduh curang, dengan memotong jari mangsa.

Mangsa, Gurinder Singh, 28, diserang oleh kumpulan bertopeng yang menggunakan bahan tajam seperti tukul dan pisau.

Kejadian berlaku di Southall, barat London pada 2016.

Singh, yang juga dikenali sebagai Sukhjinder Singh, mengalami 48 kecederaan di kepala dan badannya, dan dua jarinya yang dipotong, ditemui di tempat kejadian pada hari berikutnya.

Singh dikatakan menjalinkan hubungan intim dengan isteri kepada salah seorang penyerang, perkara itu disebut menerusi pendengaran di Mahkamah Old Bailey.

Keempat-empat suspek kini berdepan dengan hukuman penjara.

Amandeep Sandhu, 30, dan Ravinder Singh-Shergil, 31, disabitkan dengan pembunuhan oleh seorang juri susulan perbicaraan selama sembilan minggu.

Vishal Soba, 30, dibebaskan daripada tuduhan bunuh, tetapi didapati bersalah mencederakan mangsa dan bersubahat.

Kuldeep Dhillon, 27, dibebaskan daripada tuduhan bunuh oleh juri tetapi disabitkan kerana mencederakan mangsa dan jenayah intimidasi.

Hakim, Christopher Moss, QC, memerintakan reman terhadap suspek sehingga hukuman dijatuhkan pada 22 Jun.

Dhillon dan Singh tinggal bersama antara 2008 dan 2012, tetapi hubungan mereka bermasalah apabila Dhillon mendapati Singh tidur bersama isterinya. – Mirror UK

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.