UMNO Parti Terbuka

UMNO membuktikan ia adalah sebuah parti yang bersifat terbuka selepas Tengku Razaleigh Hamzah mengumumkan untuk menawar diri bertanding jawatan presiden parti itu pada penghujung bulan ini.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Idris Haron berkata, keputusan dibuat Ahli Parlimen Gua Musang itu jelas menunjukkan mesej bahawa pemilihan di peringkat tertinggi parti tersebut bebas ditandingi sesiapa sahaja.

“Ini membuktikan UMNO mengotakan apa yang dikatakan apabila pemilihan ini terbuka dan tidak lagi tertutup dengan mengamalkan ‘tunjuk-tunjuk’ siapa yang perlu menjadi presiden.

“Hari ini, semua jawatan dipertandingkan malah sesiapa sahaja di mana-mana peringkat struktur UMNO boleh memberikan cadangan dan saranan (untuk bertanding),” katanya ketika ditemui pemberita di kediamannya sempena Hari Raya Aidilfitri di sini petang ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.