Jerman Tersingkir Selepas Tewas Kepada Mexico

TONI KROOS dan Mats Hummels menyelar kekalahan Jerman selepas juara bertahan itu tersingkir secara mengejut selepas dikalahkan oleh Mexico dalam perlawanan pembukaan Piala Dunia pasukan itu pada Ahad.

Jerman kehilangan perlawanan pembukaan mereka pada perlawanan akhir Piala Dunia buat kali pertama sejak 1982 selepas Hirving Lozano menjaringkan gol kemenangan di Moscow.

Pasukan Jerman ditundukkan pada separuh masa pertama di Stadium Luzhniki di Moscow dan berada di belakang pada minit ke-35 ketika Mexico menemui ruang untuk menyerang.

Pemain bek belakang Hummels berkata, Jerman tidak mengendahkan peringatan daripada kemenangan tipis 2-1 ke atas Arab Saudi dalam perlawanan ‘panas badan’ terakhir mereka.

“Ia cukup mudah: kami bermain seperti yang kami lakukan terhadap Arab Saudi, tapi kali ini bermain menentang lawan yang lebih hebat.

“Kami sudah berbincang tentang kelemahan pasukan. Malangnya, kami tidak mengikutnya. Itulah sebabnya separuh masa pertama jadi seperti itu.

“Mexico memang patut menang dan kami membuat perlawanan jadi terlalu mudah untuk mereka,” kata pemain bola sepak Bayern Munich itu.

Hummels menggambarkan kekalahan itu sebagai “peringatan yang sudah terlambat”.

“Kami perlu memenangi dua perlawanan berikutnya atau selamat tinggal Piala Dunia.

“Permainan melawan Arab Saudi sebenarnya adalah peringatan untuk menyedarkan kami,” katanya. – Daily Times

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.