England Tundukkan Tunisia

England memulakan kempen Piala Dunia dengan langkah kanan selepas menundukkan Tunisia 2-1 dalam aksi Kumpulan G di Arena Volgograd, sebentar tadi.

England meraih jaringan pertama mereka menerusi penyerang utamanya, Harry Kane pada minit ke-11 hasil rembatan susulan dari jarak dekat selepas tandukan John Stones terkena palang.

Skuad Three Lions terus menggandakan asakan bagi terus menambah bilangan jaringan namun gagal memberikan sebarang hasil positif.

Tunisia kemudiannya dihadiahkan sepakan penalti selepas Kyle Walker melakukan kekasaran terhadap Fakhreddine Ben Youssef dalam kotak penalti dan sepakan itu mudah disempurnakan Ferjani Sassi untuk menyamakan kedudukan.

Ketika England hampir menerima nasib sama seperti Argentina dan Brazil, Kane menjadi wira skuad Three Lions selepas tandukannya dari jarak lima meter menerjah penjuru kanan gawang Tunisia hasil hantaran Harry Maguire.-AGENSI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.