“Dengan Nama Allah, Khairuddin Menipu”- Zahid

Naib Presiden yang menjalankan tugas Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mendakwa bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan sebagai penipu.

Beliau juga dikatakan bersumpah dengan nama Allah di hadapan pemimpin Kelantan bahawa Khairuddin menipu.

Tindakan itu susulan selepas Khairuddin menuduh Ahmad Zahid merayu kepadanya untuk bertemu dengan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Menurut Ahmad Zahid, sebelum bertemu Dr. Mahathir, beliau meminta kepada Khairuddin untuk membuat solat Istikharah dahulu.

“Khairuddin datang bejumpa dengan saya untuk bertemu Dr. Mahathir. Tetapi saya meminta untuk solat Istikharah dahulu.

“Apabila dapat petunjuk yang mengatakan saya wajar pergi, baharulah saya hubungi dia (Khairuddin) semula bagi memberitahu keputusan untuk berjumpa dengan Dr. Mahathir,” katanya.

Khairuddin menerusi satu kenyataan kepada media didakwa kononnya telah menipu dengan mengatakan bekas Timbalan Perdana Menteri itu pernah merayu kepadanya untuk berjumpa dengan Perdana Menteri.

Malah beliau juga menuduh Ahmad Zahid menipu berhubung penjelasannya mengenai derma yang diberikan oleh Arab Saudi berjumlah RM2.6 bilion dan meminta untuk menyebut nama penderma berkenaan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.