Nurul Hidayah Gagal Dalam Pemilihan Wanita UMNO

Anak perempuan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Nurulhidayah gagal mendapat tempat 20 teratas dalam pemilihan barisan kepimpinan Wanita UMNO bagi sesi 2018 – 2021.Di hantaran Instagramnya beliau mengakui kekalahannya dan menyifatkan belum ada rezeki untuk pemilihan kali ini.

“Terima kasih atas sokongan dan doa kawan-kawan. Tiada rezeki buat saya dalam pemilihan kali ini untuk berdiri sebaris dengan barisan exco Wanita UMNO Malaysia.

“Perjuangan harus tetap diteruskan! Bagi saya, menang kalah adalah adat dalam pertandingan malahan inilah perancangan yang terbaik dari ALLAH yang telah tertulis buat saya.

“Memetik kata-kata dari seorang sahabat, keberanian untuk menjadi calon dan bertanding adalah permulaan kepada kemenangan,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.