Ringgit Dibuka Lemah Lagi

Ringgit dibuka rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini berikutan kekurangan permintaan terhadap mata wang tempatan, kata peniaga.

Pada 9 pagi, nota tempatan disebut pada 4.0180/0230 berbanding dolar AS daripada 4.0160/0190 ketika ditutup pada Isnin.

Peniaga berkata mata wang tempatan tidak mencatatkan prestasi baik dan hanya mendapat sedikit sokongan daripada minat asing, selain pasaran tempatan mengalami tekanan daripada aliran keluar modal.

“Selain itu terdapat prospek peningkatan perang perdagangan antara AS dan China, disebabkan ini tumpuan utama kami seterusnya adalah ringgit berkemungkinan diniagakan pada 4.05 bagi setiap dolar AS,” katanya.

Sementara itu, ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding mata wang utama lain kecuali yen.

Mata wang tempatan naik berbanding yen Jepun kepada 3.6651/6710 daripada 3.6669/6707.

Nota tempatan lemah berbanding dolar Singapura kepada 2.9518/9559 daripada 2.9454/9486 ketika ditutup semalam dan susut berbanding pound Britain kepada 5.3347/3421 daripada 5.3168/3220.

Ringgit rendah berbanding euro kepada 4.7039/7101 daripada 4.6782/6821 semalam.-BERNAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.