2.6 bilion Adalah Derma

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sekali lagi menegaskan wang RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun peribadinya adalah derma daripada keluarga di raja Arab Saudi.Najib dalam temubual eksklusif bersama Malaysiakini turut memberitahu bahawa AS620 juta daripada derma tersebut telah dipulangkan kembali kepada penderma selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Dalam perkembangan lain, bekas Presiden UMNO itu turut mendedahkan bagaimana derma tersebut diterima selepas beliau meminta bekas Raja Arab Saudi, Almarhum Raja Abdullah Abdulaziz Al-Saud supaya membantu kerajaan Malaysia.

Beliau menambah, derma tersebut bukanlah suatu permintaan yang luar biasa dan pemerintah tersebut sedia untuk membantu.

“Saya telah memaklumkan kepada pihak berkaitan (berkenaan derma). Bank Negara turut dimaklumkan bahawa dana telah dimasukkan,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.