‘Fikir tentang ayah saya sekali ini’- Najwa Najib

Anak perempuan bekas perdana menteri, Nooryana Najwa Najib, menggesa rakyat Malaysia memikirkan tentang ayahnya yang kini berada di dalam tahanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).”Selama 42 tahun, dia (Najib) memikirkan rakyat sebaik bangun tidur sehingga tidur malam semula. Marilah kita memikirkan tentangnya sekali ini ketika dia sangat memerlukan kita,” katanya melalui kiriman di Instagram.

Keterangan pada kiriman yang memaparkan Najib memegang seorang bayi itu turut disertai tanda pagar “#freenajib #respectcivilliberties #thestruggleisreal #pray4dsn”.

Dalam perkembangan sama, melalui kenyataan media yang dikeluarkan jurucakapnya, Datuk Seri Najib Razak, mengecam dakwaan yang akan dikenakan ke atasnya.

Kenyataan jurucakap Najib itu menyifatkan dakwaan berkenaan “bermotif politik” dan merupakan tindakan “balas dendam” oleh kerajaan Pakatan Harapan (HARAPAN) di bawah pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Penahanan Najib oleh SPRM hari ini sudah dijangkakan memandangkan sejak mengambil alih kerajaan, kepimpinan HARAPAN sudah ‘melaksanakan pensabitan bersalah’ ke atas bekas perdana menteri itu di mata umum.

“Dakwaan berhubung SRC International ke atas Najib esok, selain siasatan 1MDB dan anti pengubahan wang haram ke atas Najib adalah bermotif politik dan merupakan hasil politik balas dendam oleh HARAPAN yang diterajui Dr Mahathir,” kata kenyataan jurucakap itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.