Kepimpinan UMNO Baharu Angkat Sumpah

Kepemimpinan baharu UMNO mengangkat sumpah jawatan sempena Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO yang pertama hari ini selepas pemilihan parti Sabtu lalu.Majlis angkat sumpah yang dijalankan di hadapan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi itu disertai Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan.

Turut serta adalah tiga Naib Presiden baharu iaitu, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Datuk Seri Mahdzir Khalid dan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin selain Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Yang hadir sama, Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Datuk Dr. Noraini Ahmad, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki dan Ketua Pergerakan Puteri UMMO, Datuk Zahida Zarik Khan termasuk ahli-ahli MT yang lain.

Majlis angkat sumpah telah diadakan di tingkat 39 Menara Dato Onn.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.