Pengasuh ‘Whatsapp’ Setiap Jam Perkembangan Adam Rayqal?

Pengasuh yang juga suspek kepada kes kematian bayi lima bulan, Adam Rayqal Mohd Sufi, dikatakan sentiasa melaporkan perkembangan anak jagaannya itu setiap jam kepada ibu bapa mangsa sejak dihantar seminggu lalu.Perkara itu dikongsikan oleh datuk saudara mangsa, Abdul Rahim Ismail, 54, yang masih terkejut dengan kejadian menimpa cucu saudaranya itu.

Beliau berkata, ibu bapa mangsa masih dalam keadaan lemah kerana terlalu sedih dengan kejadian yang menimpa anak sulung mereka itu.

“Memang tak sangka jadi macam ni. Sebab mereka (ibu bapa Adam) cerita pengasuh ini akan kemaskini tentang Adam buat apa setiap sejam melalui WhatsApp.

“Ada mereka luahkan, semua ini dah termaktub sebagai ketentuan takdir. Ketika saya tiba di rumah mereka awal pagi Rabu, datuk dan nenek mangsa juga baru tiba dari Kuala Terengganu.

“Mereka juga meluahkan rasa sedih dah marah dengan kejadian ini,” katanya ditemui di pekarangan Institut Perubatan Forensik Negara (IPFN) Hospital Kuala Lumpur (HKL), Rabu.

Tambah Abdul Rahim, sebelum dihantar ke pusat jagaan, Adam Rayqal dijaga oleh neneknya di Kuala Terengganu.

Katanya, pengasuh berkenaan dikenali ibu mangsa melalui rakan dan Facebook.

“Memang tak sangkalah baru seminggu dah jadi begini,” katanya. –

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.