Tukang Kebun Sekolah Intai Jiran Mandi

Seorang lelaki yang bekerja sebagai tukang kebun sebuah sekolah rendah ditangkap setelah disyaki mengintai seorang wanita yang merupakan jirannya ketika mandi di sebuah rumah di Tanjung Belanja, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintenden Mohamad Zainal Abdullah berkata, kejadian pada pukul 6.20 pagi itu disedari wanita berusia 43 tahun itu setelah melihat kelibat seseorang di luar tingkap bilik air rumahnya.

Katanya, wanita tersebut terus membuka tingkap bilik air dan ternampak dengan jelas muka suspek yang merupakan menantu lelaki kepada jiran di belakang rumahnya.

“Wanita itu terus menjerit dan suaminya yang berada di dapur terus membuka pintu belakang rumah dan melihat lelaki tersebut tergesa-gesa membuka pintu belakang rumahnya.

“Suami wanita tersebut kemudiannya memarahi suspek tetapi lelaki terbabit menafikan perbuatannya mengintai wanita itu” katanya, di sini hari ini.

Menurut beliau, siasatan awal mendapati wanita berkenaan telah lama mengesyaki suspek melakukan perbuatan tersebut namun tidak mempunyai sebarang bukti untuk menuduh lelaki terbabit.

Katanya, suspek tinggal bersama ibu mertuanya sejak 19 tahun lalu dengan bahagian dapur rumah mangsa setentang dengan bahagian dapur rumah keluarga mertua lelaki itu.

“Pemeriksaan di lokasi kejadian mendapati terdapat kesan umpil pada besi aluminium di tingkap bilik air mangsa.

“Lelaki itu ditangkap pada pukul 10.15 pagi hari yang sama di rumahnya dan ujian air kencing mendapati lelaki tersebut positif dadah selain mempunyai dua rekod lampau,” katanya. –

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.