Kerajaan “Mabuk Darah” Kemaruk Bekukan Akaun?

Ini kisah kemanusiaan bukan catatan politik, buat SPRMBaik atau buruk Najib Razak beliau telah menyumbang kepada negara dan rakyat. Beliau percaya sebagai Presiden parti, beliau berhak mempunyai dana politik sendiri bagi membantu parti dan rakyat.

Dari dana tersebutlah beliau telah membantu ramai orang termasuklah mereka yang sakit dan memerlukan bantuan.

Jika beliau mahu membeli undi tidak perlulah memberi sumbangan kepada yang sakit, anak yatim dan pertubuhan bukan kerajaan. Cukup beliau membayar pengundi ketika pilihan raya.

Hakikatnya bukan itu tujuan beliau. Maka ramailah pesakit dan pertubuhan kebajikan menerima sumbangan dari akaun beliau.

Hari ini akaun mereka dibekukan kerana sumbangan tersebut. Malah akaun keluarga Najib Razak juga dibekukan walaupun tidak menerima dari dana tersebut.

Ada akaun pesakit buah pinggang, pertubuhan kebajikan, ahli politik, syarikat yang dibayar untuk pelaksanaan kerja telah dibekukan.

Semua ini membabitkan kehidupan seharian ramai orang yang tidak ada kena mengena dengan pergaduhan politik Mahathir – Najib.

Semua mereka ini tidak ada kena mengena dengan “personal vendetta” Ketua Persuruhjaya SPRM, bekas Peguam Negara dan bekas Gabenor Bank Negara.

Apa nasib mereka ini? Apa nasib para pekerja yang tidak dapat menerima gaji kerana akaun syarikat mereka dibekukan? Apa nasib anak yatim dan orang miskin yang menerima bantuan dari pertubuhan yang dibekukan akaun? Apa nasib para pesakit yang akaun mereka dibekukan?

Tidak semua orang ada keistimewaan simpanan dan kewangan seperti tiga orang mabuk kuasa dalam task force menyiasat Najib Razak.

Di Amerika Syarikat hanya akaun yang disyaki melaburkan wang haram sahaja dibekukan. Tidak pula kita dengar akaun pemilik lukisan yang menerima wang pembelian dari Jho Low dibekukan. Tidak pula kita dengar akaun penjual kapal layar kepada Jho Low dibekukan.

Sekarang akaun keluarga Najib Razak yang tidak ada kena mengena dengan dana tersebut juga dibekukan.

Ada anak Najib yang dirawat kanser juga tidak lagi mampu membayar kos perubatan kerana tindakan ini.

Ramai orang Islam yang menganut demokrasi bukan sahaja lupa konsep keadilan dalam Islam tetapi juga tidak memahami konsep keadilan dalam demokrasi.

Apa yang berlaku sekarang ialah kezaliman yang berselindung di sebalik slogan anti-rasuah dan anti-korupsi.

Saya pernah menulis bahawa korupsi moral lebih berbahaya dari korupsi material. Hari ini terbukti benar bila mereka yang “mabuk darah” diberi kuasa.

Mungkin SPRM sendiri tidak memahami konsep keadilan sebenar dalam penguatkuasaan undang-undang.

Jalil Backer

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.