GST Atau SST, Harga Barang Tetap Tidak Turun

Sejak semalam pelbagai versi penjelasan tentang Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) berlegar di media sosial.

Hasil tinjauan Utusan Online di media sosial, salah satu penerangan ‘tidak rasmi’ yang paling mendapat perhatian hasil tulisan di laman Facebook milik Najib Saahari.

Tulisannya mendapat reaksi positif netizen dan telah dikongsi seramai 306 pengguna Facebook.

Berikut adalah kenyataan penuh yang dipaparkan di ruangan Facebook miliknya.

GST dan SST

Semalam Menteri Kewangan dan Ong Kian Ming cakap SST akan mengurangkan beban rakyat. Makna kata lain harga barang akan turun. Korang jangan tepok tapi gelak. Haaa gelak. Kenyataan itu mengarut dan merepek.

Harga barang tidak akan turun. SST ke GST ke harga barang memang tidak akan turun. Berhenti buat perbandingan cukai mana yang akan turunkan harga barang. Benda tu tidak akan jadi. GST atas kertas mampu untuk turunkan harga barang tapi di dunia nyata harga barang tidak turun. Kenapa? Price elasticity (Elasticiti Harga).

Elasticiti Harga dalam kes GST kita tengok demand elasticity (Elasticiti Permintaan). Kalau pekedai sebelum ini jual Milo sepeket RM30, kalau kos dia berkurang sekali pun dia tetap akan jual RM30 sebab permintaan masih ada. Kalau dia boleh jual sepeket RM30, kenapa dia perlu kurangkan harga? Sebab tu harga barang tidak turun walaupun GST atas kertas boleh kurangkan harga barang. Jadi, berhenti buat perbandingan sia-sia. Satu-satunya cara nak kurangkan harga barang ialah hentikan permintaan atau banyakkan pengeluaran.

Berkenaan dengan cara perkiraan GST (boleh rujuk rajah yang diberi, kredit untuk Dato Syed Azimal). Untuk setiap lapisan cukai dikenakan, peniaga boleh tuntut balik output tax itu. Maknanya cukai bersih yang dibayar sebenarnya lebih kecil (Input tax – output tax). Dekat lapisan ini yang barang naik kalau pakai GST, sistem tuntutan balik kerajaan lambat, jadi dia kacau aliran tunai keluar peniaga. Peniaga nak selesaikan masalah ni, diorang naikkan margin awal-awal. Bila diorang naikkan margin awal-awal jadilah kesan rantaian.

Masalah lain pasal GST ni pula, tiada penguatkuasaan. Sistem dia dah telus, semua transaksi kerajaan akan nampak. Kerajaan sepatutnya boleh gunakan agensi penguatkuasa untuk pantau harga barang. Jangan bagi peniaga naikkan margin sesuka hati. Kalau ada penguatkuasaan, harga barang akan stabil.

Untuk SST pula tiada tuntutan cukai input. Jadi secara teknikalnya peniaga tidak akan naikkan margin. Walaubagaimanpun, masalah lain timbul. Sistem dia tidak telus. Pengilang boleh tipu cukai. Pengilang membangunkan satu company pemborong. Pengilang jual dekat pemborong (yang juga dimiliki oleh entiti yang sama) pada harga yang lebih rendah. Jadi cukai yang dikenakan tidak tinggi. Pemborong jual harga yang tinggi (termasuk 10%). Pemborong yang dapat 10% itu bukan kerajaan.

Harga barang naik juga tapi yang untung pemborong. Pembeli sia-sia bayar so called cukai 10% tu tapi hasil pergi ke peniaga. Peniaga joli katak, rakyat tidak dapat manfaat.

Kalau GST dulu barang naik harga tapi hasil cukai kerajaan dapat. Kerajaan bagi balik melalui subsidi bersasar (BR1M), kemudahan infra, subsidi kesihatan dan macam-macam lagi lah. Jadi hasil cukai dapat balik.

Jadi Menteri, harga barang memang tidak akan turun. Jumlah kutipan cukai yang turun. Bila kutipan cukai penggunaan turun, semua kena berjimat. Kerajaan berjimat, swasta merana. Swasta merana sama ada projek kurang atau cukai syarikat naik. Kalau itu jadi, pekerja yang kena tempias.

Bagaimanapun, rakyat rindu zaman RM50 troli penuh. Harga barang tidak turun tapi saya ada satu idea untuk dapat RM50 troli penuh – Suruh menteri KPDNKK keluarkan arahan supaya semua pasar raya kecilkan size troli. Saiz troli itu kalau lagi kecil mungkin RM20 dah boleh penuh. Jadi, rakyat dapatlah zaman RM50 troli penuh.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.