Zahid Hamidi Serlahkan Karakter Ketua Pembangkang

Walaupun kali pertama berada di blok pembangkang, namun Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi tidak kekok mempamerkan karakter sebagai ketua blok berkenaan.

Dipilih sebulat suara sebagai Ketua Pembangkang di Dewan Rakyat, Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO tidak membuang masa melakukan ‘tugas’ beliau dengan mengkritik pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan.

Beberapa wakil rakyat ‘junior’ dari Pakatan Harapan cuba untuk mencelah ketika perbahasan Ahmad Zahid, namun yang mereka terima ialah kenyataan pedas dan sindiran.

Dalam perbahasan menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V, Ahmad Zahid melontarkan persoalan sama ada menjadi satu kesalahan sekiranya mempertahankan apa yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan.

Beliau turut bertanya sama ada menjadi satu kesalahan mempertahankan kedudukan agama Islam sebagaimana yang termaktub dalam Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan.

Begitu juga dengan soal bahasa Melayu, Ahmad Zahid menuntut penjelasan sama ada mendaulatkan bahasa kebangsaan sebagai me genepikan bahasa-bahasa lain.

“Mana boleh samaratakan semua agama kerana yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan harus dihormati. Bagaimana hak istimewa orang Melayu bukan sekadar kontrak sosial tetapi mendapat persetujuan semua.

“Apakah diangkat sebagai rasis jika perkara itu dibangkitkan oleh mereka yang rasa apa dalam Perlembagaan Persekutuan harus dipertahankan. Apakah dianggap ‘terrorist’ kerana mahu pertahan Islam?” soal beliau

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.