ADUN Balakong Langgar Lori Cuci Jalan, Tiada Unsur Khianat

Siasatan awal polis berhubung kemalangan melibatkanAhli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balakong, Ng Tien Chee yang maut awal pagi tadi di Kilometer 11.7 Lebuhraya Grand Saga mendapati tidak mempunyai sebarang unsur khianat.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd.Yusoff berkata, kesan minyak yang terdapat di lokasi kejadian adalah disebabkan kemalangan tersebut.

“Saksi kejadian memberitahu, kereta mangsa ketika itu memotong keretanya dari lorong tengah dengan memasuki lorong kiri.

“Namun, mangsa tidak sempat untuk masuk semula ke lorong tengah dan melanggar bucu kiri lori milik syarikat konsesi itu yang mencuci jalan di lorong kanan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Serah dan Terima Tugas Jawatan Pengarah dan Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (Perkep) Jabatan Pengurusan Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard di Pusat Latihan Polis, Jalan Semarak di sini hari ini. –

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.