Lima Belas ADUN Perlis Baru Nak Angkat Sumpah

Kesemua 15 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perlis mengangkat sumpah jawatan di Kompleks Dewan Undangan Negeri (DUN), di sini hari ini.Angkat sumpah itu dimulai oleh Menteri Besar yang juga ADUN Bintong, Datuk Seri Azlan Man dan diikuti barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco).

Tiga ADUN PKR kemudian mengambil giliran untuk me­ngangkat sumpah diikuti ADUN Pas dan Bebas.

Mereka mengangkat sumpah di hadapan Speaker yang baharu dilantik semula, Datuk Hamdan Bahari.

Dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), BN berjaya mendapat mandat membentuk kerajaan negeri selepas memenangi 10 kerusi DUN Perlis manakala PKR mendapat tiga kerusi dan Pas dengan dua kerusi.

Bagaimanapun, ADUN Tambun Tulang dari BN, Datuk Ismail Kassim kemudian mengumumkan keluar daripada parti pada 20 Jun lalu dengan menjadi ADUN Bebas.

Persidangan Penggal Pertama DUN Perlis ke-14 berlangsung pada 23 Julai ini selama tiga hari dan dijadual dirasmikan oleh Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.