Perhimpunan Bantah UEC Memang Wajar

Peserta himpunan aman bantah UEC anjuran Gabungan Mahasiswa Islam Malaysia bersurai dengan aman dari dataran pusat beli-belah Sogo, di sini kira-kira pukul 5 petang tadi.

Kesemua mereka berkumpul selepas bergerak secara berasingan dari Masjid Negara, di sini kira-kira pukul 3 petang tadi.

Tinjauan mendapati, lebih 100 peserta himpunan yang rata-ratanya adalah pelajar universiti tempatan antaranya Universiti Malaya, Universiti Sains Islam Malaysia, Universiti Kebangsaan Malaysia dan Universiti Putra Malaysia.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Superintenden Rudy Abdullah berkata, seramai 65 anggota dikerah ke lokasi perhimpunan.

“Tiada sebarang tangkapan dilakukan dan kita akan siasat dulu apa motif sebenar perhimpunan mereka,” katanya.

Tambahnya, polis juga akan panggil penganjur untuk membantu siasatan sekiranya perlu.

Isu berkaitan dengan pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersama (UEC) terus hangat diperkatakan apabila tokoh perundangan dan sosiobudaya, Tan Sri Dr. Rais Yatim mencadangkan UEC wajib sebati dengan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM).

Rais berkata, perkara itu perlu dilakukan bagi memastikan perpaduan nasional melalui sistem pendidikan negara dapat dicapai.

“UEC demi kenegaraan Malaysia wajib sebati dengan SPM dan STPM, tidak berasingan.

“Bila ada sijil pertubuhan bukan kerajaan (NGO) swasta dan sijil kebangsaan bersaingan perpaduan nasional melalui pendidikan takkan tercapai,” katanya menerusi akaun Twitter beliau, hari ini.

Rais yang kini ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu merupakan antara individu yang lantang mempersoalkan pengiktirafan UEC oleh kerajaan Pakatan Harapan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.