SK Damak Jerantut Diarah Tutup Isnin Ini

Jabatan Pendidikan negeri mengarahkan Sekolah Kebangsaan (SK) Damak di Jerantut dekat sini ditutup lima hari bermula Isnin ini ekoran penularan wabak penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD).Sehingga hari ini, seramai 53 orang daripada 368 murid prasekolah hingga tahun enam di sekolah berkenaan dijangkiti penyakit tersebut.

Pengarah Pendidikan negeri, Dr. Tajuddin Mohd. Yunus berkata, penutupan sekolah itu atas nasihat Jabatan Kesihatan negeri bagi mengelakkan penularan jangkitan penyakit tersebut kepada murid-murid lain.

“Kita juga memohon ibu bapa dan penjaga membawa anak mereka ke klinik kesihatan dan hospital berdekatan segera jika ada anak-anak mereka yang mengalami simptom berkaitan,” katanya ketika dihubungi, di sini hari ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.