Lelaki Mati Dalam Kereta Di USJ

Seorang lelaki berusia 50-an ditemukan mati dalam kereta berhampiran sebuah pasar raya di Jalan USJ 1/5, Subang Jaya dekat sini petang tadi.Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor berkata, pihaknya menerima panggilan pukul 2.43 petang dan setibanya di lokasi mendapati mangsa terkunci dalam kereta jenis Hyundai dengan nombor pendaftaran WUW 613.

“Pihak bomba bertindak memecahkan cermin kereta menggunakan peralatan menyelamat. Mangsa yang tidak mempunyai pengenalan diri disahkan meninggal dunia oleh anggota paramedik Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

“Mangsa telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.