“Ya Allah Lindungilah Datuk Seri Najib..”

“Ya Allah lindungilah Datuk Seri (Najib Tun Razak) dan seluruh ahli keluarga dari fitnah ya Allah…”

Itulah antara bait-bait doa yang dipanjatkan oleh Ustaz Ahmad Subki Osman dan diaminkan oleh kira-kira 100 jemaah yang turut sama menunaikan solat hajat sempena majlis ulang tahun kelahiran bekas perdana menteri itu di kediamannya di Langgak Duta, malam ini.

Solat hajat yang ditunaikan selapas solat maghrib itu turut disi dengan tahlil dan bacaan surah Yassin.

Turut serta, ibu Najib, Tun Rahah Mohd Noah dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor.

Majlis itu turut dihadiri ahli keluarga mangsa MH17.

Ustaz Ahmad Subki turut mendoakan agar Allah mengurniakan kekuatan kepada ahli keluarga MH17.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.