Kaitan Dengan Pengganas LTTE, Laporan Polis Terhadap P.Ramasamy

Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin mengucapkan tahniah kepada Pas, Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dan individu yang membuat laporan polis yang menuntut tindakan tegas ke atas Ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP, Dr. P. Ramasamy.

Dalam satu kenyataan, Mohd. Asri mendakwa individu seperti Ramasamy yang dikaitkan dengan kumpulan Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) dianggap sebagai berbahaya kepada kesejahteraan kaum dan agama dalam negara ini.

“Ia amat merbahaya kepada keselamatan setiap rakyat Malaysia terutama yang berbeza dan mengkritik mereka. Inilah yang kita lihat dari keganasan mereka seperti mana mereka telah membunuh Rajiv Gandhi melalui pengebom berani mati.

“Semoga Allah merahmati PAS, NGOs dan semua individu yang bangkit dengan tegas dalam isu ini. Ya Allah! Selamatkanlah negara kami,” kata Mohd. Asri dalam satu kenyataan di Facebook.

Sebelum ini, Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun dilaporkan berkata, polis mengesahkan telah menerima sebanyak 53 laporan polis berhubung dakwaan yang mengaitkan Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang itu dengan LTTE.

Bagaimanapun Ramasamy menafikan pembabitan dengan LTTE dan mendakwa beliau menjadi sasaran oleh pihak pro pendakwah Islam Dr. Zakir Naik selepas menggesa penceramah kontroversi itu dihantar pulang ke India bagi berdepan dakwaan pengubahan wang haram serta mencetuskan ketidakharmonian.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.