NGO Pro PH Guna Ideologi LTTE?

Beberapa pertubuhan bu­kan kerajaan (NGO) di negara ini dikesan menjadikan perjuangan kumpulan pelampau Tamil, Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) sebagai ideologi mereka secara terang-terangan.Presiden Angkatan Skuad Mu­baligh Malaysia, Muhd. Zamri Vinoth Abdullah ketika mendedahkan perkara itu berkata, ini termasuklah menggunakan lambang pertubuhan berkenaan serta gambar pengasas dan pemimpin LTTE, Velupillai Prabhakaran.

Tegas beliau, perkara itu adalah jelas berbahaya kerana boleh menjejaskan keselamatan negara jika tidak dibendung segera.

“Malah berdasarkan maklumat yang diterima, pertubuhan-pertubuhan berkenaan didapati berdaftar secara sah.

“Pada masa ini, kita masih sedang mengumpulkan bukti-bukti untuk diserahkan kepada pihak berkuasa,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Pada 17 Julai lalu, lebih 50 individu, NGO dan parti-parti politik di negeri ini berhimpun secara aman sebelum membuat laporan polis terhadap Ramasamy bagi mendesak pihak berkuasa itu menyiasatnya kerana didakwa terlibat dalam LTTE.

Muhd. Zamri seterusnya kesal kerana sehingga kini DAP terus ‘membisu’ terhadap dakwaan penglibatan Ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusatnya (CEC), Dr. P. Ramasamy dalam LTTE.

Katanya, pihaknya juga terkilan kerana tiada kaum lain selain orang Melayu yang bangkit membuat laporan polis terhadap isu tersebut setakat ini.

Beliau menegaskan, isu Ramasamy yang didakwa terlibat dalam kumpulan pengganas itu ti­ada kaitan de­ngan mana-mana kaum atau politik melainkan hanya kepentingan kese­lamatan negara.

“Ada yang me­ngatakan ini ada kaitan dengan ban­tahan Ramasa­my terhadap pendakwah bebas, Dr. Zakir Naik, sedangkan ini adalah jelas merupakan isu keselamatan negara.

“Kami rasa kesal kerana sehingga kini, DAP, orang Cina dan orang India tidak bersama-sama membuat laporan polis,” kata­nya.

Menurut Muhd. Zamri, sejak NGO-NGO di negeri ini membuat laporan polis terhadap Ramasamy, lebih ramai tampil mengemukakan bukti-bukti lain.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.