Sesiapa Yang Tidak Sokong Komunis Akan Dibunuh

Komunis hanya berjuang untuk mengambil negara ini dan menjualnya kepada orang lain.

Bekas Ketua Turus Pasukan F, Cawangan Khas E3 (M), Bukit Aman, Datuk Leong Chee Woh berkata, komunis tidak pernah berjuang untuk mendapatkan kemerdekaan negara.

“Sudahlah menjadi pengkhianat negara, sesiapa sahaja yang tidak menyokong komunis akan dibunuh.

“Kumpulan mereka sangat kejam dan adakah kita hendak memberi sokongan kepada mereka?” katanya.

Menurut Chee Woh, komunis juga menghantar tenteranya ke sempadan Thailand untuk diberi latihan sebelum dilepaskan untuk berperang.

Malah ujarnya, ada tentera komunis di luar negara yang dilatih selama 10 tahun sebelum dihantar ke dalam negara untuk bertindak kejam.

“Sebab itu sesiapa yang mahu menyokong komunis perlu faham sejarah yang sebenar mengenai komunis.

“Kalau mereka tahu apa kemahuan sebenar komunis, pasti tidak ada sesiapa pun yang akan memberi sokongan kepada pengganas itu,” jelasnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.