Siapa Pilihan Pengundi Sungai Kandis

TIDAK sampai 100 hari pakatan harapan diketuai DAP memerintah Malaysia mereka dikejutkan dengan tiga pilihanraya kecil berikutan dengan kematian ADUN ADUN PH.

Ramai yang melihat perkara ini sebagai satu sumpahan terhadap PH yang dikatakan menang hasil dari fitnah fitnah jahat yang mereka lemparkan kepada kerajaan Barisan Nasional sebelum ini.

Semasa PRU 14, PKR memperoleh 23,998 undi dan BN mendapat 11,518 undi, manakala Pas meraih 7,573 undi dan PSM pula hanya mendapat 76 undi. Majoriti kemenangan ialah 12,480 undi. Dari jumlah pengundi seramai 50,800, seramai 43,470 telah keluar mengundi, iaitu 85 peratus.Kali ini Pas telah memilih untuk tidak bertanding dan memberi laluan kepada Umno. Selanjutnya, mereka juga telah memilih untuk berkerjasama dengan Umno dan menyokong calonnya.

Mengambil kira percaturan baru ini, kita perlu menilai semula jumlah majoriti atau kelebihan yang diperoleh PH semasa PRU14. Jika kita campurkan undi Umno dan Pas semasa PRU14, maka kelebihan undi PH ialah kurang lebih adalah 4,900 sahaja.

Namun satu lagi perkara yang perlu diambil kita adalah jumlah undi rosak sebanyak 8,000 yang sehingga kini menjadi tanda tanya.

Persoalannya dengan terjalinnya kerjasama antara Umno dan Pas dan mengambil kira isu-isu serta faktor-faktor semasa, adakah PH masih mampu untuk meraih kemenangan?

Adakah BN mampu merampas kerusi ini dari tangan PH dalam keadaan PH gagal menunaikan 90% dari janji 100 hari pentadbiran mereka?

Daripada jumlah pengundi seramai 50,800, majoritinya adalah Melayu iaitu sebanyak 72 peratus sementara yang bukan Melayu pula ialah 16 peratus India dan 12 peratus Cina. Dengan perkataan lain, Dun Sungai Kandis adalah Dun majoriti Melayu.

Profil dan keterampilan calon-calon yang bertanding juga akan mempengaruhi sikap pengundi. Ustaz Zawawi Mughni dikatakan terpalit dengan beberapa tuduhan salahguna dana sekolah. Beliau telah membuat laporan polis berkenaan perkara tersebut. Satu video yang memaparkan seorang individu menyerupai ustaz Zawawi menari dengan lincah turut mencemarkan ustaz tahfiz tersebut. Malah beberapa pihak mempertikaikan pendirian beliau memandangkan kerajaan PH mengamalkan dasar yang dikatakan menentang sebarang bantuan dihulurkan kepada sekolah-sekolah tahfiz.

Sementara itu Lokman Adam dilihat sebagai calon terbaik yang mampu mendesak PH menunaikan janji janji mereka. Kini PH sedang mencari alasan untuk tidak menunaikan janji 100 hari pemerintahan.

Malah PH telah mengeluarkan kenyataan kenyataan yang menguris hati orang Melayu dan agama Islam dalam banyak perkara.

Institusi yang melibatkan orang Melayu paling   banyak terkena tempias. MARA diberi pada Sivarasa untuk dijaga seperti meletakkan kita dalam mulut buaya

Kerjasama secara lebih terbuka di antara Umno dan Pas yang menyaksikan pertandingan dua penjuru (tanpa dikira calon Bebas atau parti-parti kecil lain) daripada tiga penjuru membuka lembaran baru kepada percaturan politik negara.

Ianya mungkin berhasil menambahkan keyakinan kepada pengundi atau mungkin juga tidak akan membawa apa-apa kesan yang bermakna. Kita juga tidak boleh mengenepikan kemungkinan ianya akan membawa impak yang negatif kepada Uumno sekiranya percaturan baru ini membuat sebahagian dari pengundi asal Pas atau Umno menyeberangi kepada PH.

Pun begitu, dengan bersandarkan kerjasama ini, Umno telah menyuarakan rasa keyakinan mereka yang tinggi untuk menawan kembali Dun Sungai Kandis.

Sementara itu, tidak dapat dinafikan bahawa kerajaan PH di peringkat pusat dan negeri juga ikut berdepan dengan pelbagai masaalah dan cabaran semasa.

Antara yang ketara darinya ialah kegagalan mereka untuk menunaikan sebahagian besar dari janji dan manifesto 100 hari mereka, isu-isu kedudukan agama Islam, bahasa Melayu, institusi raja di dalam sistem politik negara di bawah PH, isu UEC, kekurangan pengalaman dan tahap kematangan menteri-menteri baharu, kenyataan-kenyataan yang dianggap mencabar orang Melayu dan lain-lain lagi telah menjadi bahan polemik dan pertikaian dalam kancah politik semasa tanah air. Sejauh mana ianya membawa kesan kepada pengundi belum lagi dapat diduga.

Esok akan menjadi sejarah buat Malaysia apabila pilihan raya kecil berlaku tidak sampai 100 hari PH berkuasa. Malah ia akan jadi petunjuk bahawa rakyat menentang tindakan PH yang cuba mencari alasan untuk tidak menunaikan janji. Alasan PH yang kononnya janji PRU bukan kitab suci memang menguris hati rakyat kerana semua agama mengatakan janji perlu ditunaikan.

– my-tv.online

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.