Kerajaan PH Terdesak, Sekat Penyokong Najib Masuk Perkarangan Mahkamah

Bekas Pengarah Komunikasi Strategik Kementerian Kewangan, Datuk Lokman Noor Adam mempersoalkan tindakan pihak berkuasa menghalang kemasukan orang awam ke perkarangan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, di sini hari ini.Beliau yang tiba di hadapan pintu pagar kompleks berkenaan kira-kira pukul 9 pagi berkata, orang awam yang tiba sejak pukul 7 pagi untuk memberi sokongan moral kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dihalang masuk.

“Kerajaan Pakatan Harapan dilihat semakin terdesak dengan menegah rakyat biasa dari masuk memberikan sokongan kepada Najib.

“Kawasan mahkamah adalah kawasan awam, tidak ada sebab mengapa orang awam tidak dibenarkan masuk,” katanya kepada media di sini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.