Mahathir Halang Anwar Jadi PM?

Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menafikan dakwaan kononnya beliau mempunyai kerjasama dengan Tun Daim Zainuddin bagi menghalang Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada menjadi Perdana Menteri.

Menurut Dr. Mahathir, individu yang membuat dakwaan berkenaan perlu mengemukakan bukti kerana beliau tidak pernah pun memperkatakan perkara berkenaan.

“Dakwaan itu sangat ‘baik’, saya berpendapat orang (yang membuat dakwaan berkenaan) perlu menunjukkan bukti.

“Saya tidak pernah bercakap dengan sesiapa mengenai perkara ini. Saya menjauhkan diri. Saya tiada urusan untuk campur tangan dengan hal dalaman parti lain,” katanya ketika ditanya pemberita mengenai dakwaan berkenaan dalam sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Anti Rasuah (JKKMAR) di Bangunan Perdana Putra, di sini hari ini.

Baru-baru ini, Ahli Parlimen Kapar, Abdullah Sani mendakwa Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berpakat dengan Daim yang merupakan Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan bagi menghalang Anwar mengambil alih jawatan Perdana Menteri daripada Dr. Mahathir

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.