Kerajaan PH Curi Equinimity?

Pemfailan terbaru oleh Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ) menunjukkan bahawa Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad dan kerajaan telah berbohong mengenai pemilikan Malaysia ke atas kapal layar Equinimity, dakwa ahli perniagaan Jho Low.

Seperti kebiasaannya dia menghantar kenyataan melalui peguamnya, Low yang nama sebenarnya Low Taek Jho, mendakwa pemfailan terbaru oleh pihak berkuasa Amerika Syarikat pagi ini, mengesahkan Mahathir dan peguam negara Tommy Thomas “selama ini” berbohong.

Demikian menurut kenyataan Low itu yang dihantar melalui firma perhubungan awam Australia, Wells Haslem Mayhew.

Ini selepas kerajaan Malaysia berulang kali mengatakan ia telah bekerjasama dengan pihak berkuasa Amerika Syarikat dan Indonesia untuk menuntut kembali kapal mewah itu, dan kedua-dua negara itu mengakui Malaysia sebagai pemilik sah kapal layar mewah itu.

DOJ telah mendakwa bahawa kapal layar itu telah dibeli oleh Low menggunakan wang yang didakwa disalahgunakan dari 1MDB.

Sementara itu Low telah secara konsisten menafikan sebarang salah laku berkenaan dengan dana itu walaupun dikehendaki oleh pihak berkuasa dari Malaysia, Singapura dan negara-negara lain untuk membantu siasatan mereka.

Dalam kenyataannya hari in Low mendakwa pemfailan DOJ itu, yang dilihat oleh Malaysiakini, menunjukkan Malaysia “mencuri” kapal itu dan “berbohong mengenainya”.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.